Tentang Ikan Bakar Terangkat

Ikan Bakar Terangkat oleh NAZRINFIZA RECIPE mula beroperasi sejak tahun 2015 di Jalan
Ayer Itam, Kg. Sungai Merab Luar, Kajang (sempadan Bangi-Putrajaya) yang berkonsepkan
vendor stall. Kami menggunakan ikan dan seafood segar yang diperoleh dari pasar borong
berdekatan yang dipamerkan untuk dipilih oleh pelanggan. Selain ikan bakar dan seafood
bakar, kami juga ada memperkenalkan menu baru pada tahun 2018 iaitu SHELL PLATTER
TERANGKAT. Sehingga kini, base HQ masih di lokasi yang sama. Cawangan-cawangan
Ikan Bakar Terangkat adalah berkonsepkan francais.
Oleh sebab terdapat permintaan tinggi untuk PES IKAN BAKAR TERANGKAT, kami mula
mengeluarkan produk pada tahun 2016. Sehingga kini, NAZRINFIZA RECIPE telah
mengeluarkan dua (2) produk iaitu PES IKAN BAKAR TERANGKAT (packaging pek dan
botol), dan SAMBAL BALIS TERANGKAT. Kesemua produk keluaran kami menggunakan
original garam bukit dan bahan asas yang dijamin kualitinya.